SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk
728 x 90

Gigolo Dicari gaji lumayan

9:43 PTG | Pakcu
Sentap aku wei, dengan iklan yang aku baca kat majalah.com ni.

Macam biasalah aku ni memang pengtengok iklan tegar kat website majalah.com tu, kononnya nak cari-cari peluanglah, nak berniaga katakan.

Dalam pada aku asik membelik-belik semua iklan dkt website tu, tetiba je aku tersentap.

Apa yang buat aku tersentap tu?

Tu yang aku tulis tajuknya tu aku malas nak ulang selisih malaikat wei...kalo dah tak ada kerja sangat tak payah la nak terjebak dalam benda-benda ni....

Tapi aku rasa yang publish iklan tu orang nya sama bangsa la dengan kita, apalah nak jadi sekarang ni, benda-benda macam ni tak ada orang ke yang menghalangnya.

Jangan asik nak memuaskan nafsu je, sehingga lupa yang dunia ni tak kekal, 

Dah malas aku nak cerita panjang lebar, wahai admin majalah.com,cepat-cepat lah ko delete iklan yang macam tu, jangan ko rosakkan hidup anak bangsa..dan aku print skrin untuk buktikan benda-benda ni berlaku kat negara kita ni...

Gigolo Dicari gaji lumayan
Mintak simpang, pihak yang berwajib harap pantau aktiviti persundalan ni


Pilihan untuk sarapan pagi

11:23 PG | Pakcu
Malaysia nak memang kaya dengan makanan, kat mana-mana ceruk dan sudut ada je orang jual makanan, tak kisah lah waktu pagi ke, tenghari ke, dan waktu malam ke, ada je kedai yang menjual makanan, kiranya kita perlu sediakan duit je untuk membeli makanan tersebut...

dan entri kali ini aku tak nak lah cerita panjang tentang makan-makan yang ada kat Malaysia ni, cuma aku letak gambar tentang makanan untuk sarapan pagi #yang akan membuatkan badan aku bertambah tembam, 

Jadi 

Korang pilih apa ya untuk sarapan pagi,

nak diet perlu ke makan makanan yang heavy sikit

waktu pagi ni

dah orang selalu kata breakfast is king

entah la, king ke apa, yang pasti aku punya perut mesti kena isi...


Pilihan untuk sarapan pagi
Nasi Goreng, adakah menjadi pilhan anda?

Pilihan untuk sarapan pagi
Keow Teow Goreng, adakah menjadi pilihan anda?

Pilihan untuk sarapan pagi
Mee Goreng, adakah menjadi pilihan anda?

Pilihan untuk sarapan pagi
Bihun Goreng, adakah menjadi pilihan anda?

Pilihan untuk sarapan pagi
Dan Ais-Cream adalah pilihan untuk breakfast saya....

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN

4:13 PTG | Pakcu

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

3:56 PTG | Pakcu

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?

3:44 PTG | Pakcu
Restoran Chetties

Alamat :
No.58, Jalan SS 3/31, 47300 Petaling Jaya, Malaysia

Waktu Operasi
07.00h - 2200h

Hidangan :
Indian/ Pakistani, Selatan dan Vegetarian

Cawangan :
Sentosa (Klang) - Shah Alam

Ceritanya macam ni, hari jumaat aku terima sms daripada rakan sepejabat aku yang nak berhenti kerja, katanya tak tahan dengan suasana kerja yang semakin tertekan, dan dapat kerja baru, jawatannya manager ko, wow, says gud luck lah untuk nya, tapi yang istimewa, sms tu menjemput aku ke farewell nya, hari isnin ( hari ni lah ya)
wow, aku pun benda-benda free ni langkah kanan kot memang tak tolak lah ya,
dan pendek cerita, kita semua yang dijemput tu di bawa ke restoran Chetties, Kelana Jaya, dekat ss31, kalo korang tak pernah pergi area situ nampak agak susah, sebab jalan dia berbelit-belit lah,
tapi nak diceritakan  restoran ni ada guna duan pisang, best gak, tapi yang tak berminat pakai daun pisang tu tak pe, ada je pakai pinggan, entah lah aku malas nak mengarut yang pasti aku nak kata restoran ni....

Boleh..lah

Tapi 

Mahal sikit tau, yang tak cukup duit tu, ingat-ingatlah dunia ya sebelum makan


Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 1

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 2
Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 3
Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 4
Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 5

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 6

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 7

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 8

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 9

Restoran Chetties, cuba dulu baru tahu ?
Restoran Chetties 10

Dato Vida yang meletop

3:49 PTG | Pakcu
Hai semua, hari jumaat lah, tak nak cakap lebih-lebih nanti bertambah dosa, tapi saja je aku nak share gambar-gambar Dato Vida, ala siapa yang tak kenal dengan figura ini semua orang kenal, aduh sopan nya aku tulis hari ini...

Apa sebenornya ko nak keluar gambar tentang Dato Vida ni?

Entah ler

Tapi nampak cantik pulak

Memang Vouge

Confirm lah kena Vouge jika tak vouge tak sah

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 1 

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 2

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 3

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 4

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 5

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 6

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 7

Dato Vida yang meletop
Dato Vida yang meletop 8

Hiasan meja yang comel dan mesra alam

2:45 PTG | Pakcu

Lumrah manusiakan suka sesuatu yang seronok, sebab sejuk mata memandang, hiasan meja ini boleh kita gunakan untuk menyeronokkan mata kita lagi
sebarang tempahan boleh di buat di keladi018@gmail.com
Harga untuk satu unit Hanya RM 10.00

tapi 

Jika beli 1 set harganya Hanya RM 35

Jom tengok cantik tak saya


Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 1

Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 2

Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 3

Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 4

Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 5

Hiasan meja yang comel dan mesra alam
Display 6

10 perangai buruk pekerja pejabat yang mesti dirungkai

1:49 PTG | Pakcu
Hai korang semua, jangan hentam blog saya tau, entri ini, sengaja aku nak buka pekung didada, sebabnya, yang aku nak tulis ni adalah perangai buruk yang kiranya aku dan rakan-rakan sepejabat aku selalu lakukan dan perlu dirungkai, tapi aku rasa korang yang kat pejabat lain tu pun lakukan tak payah nak menjeling-jeling akulah!!!


  1. Datang Lewat dan balik tepat pada masanya : yang ini biasa dan paling banyak dilakukan, walaupun ada thumb print @ Punch Card ada aku kisah, hemmm malas betul nak gerak ke tempat kerja, nak-nak hari tu isnin....aduh dah pukul 0530 ni...angkat beg cepat, nanti terlepas pulak nak tengok drama melayu yang pukul 7 tu...
  2. Mengambil MC ataupun Emergency Leave sebab nak mengelak date line, tak pun sebab nak lari daripada mesyuarat yang perlu dihadiri : nak kata tak pernah buat, tapi memang aku pun kadang kala buat, tapi aku rasa ada je orang yang buat, tak payah nak berlagak poyoh lah, pura-pura MC konon, lepas ni minta list untuk nama-nama klinik yang mudah dapat MC, jangn lupa share ya, penting tu.
  3. Mengumpat dan melaga-lagakan rakan sekerja : ala politik pejabat, memang ini semua ada, nak-nak kat ofis tu ramai je orang melayu tapi aku tak pernah pulak kerja tempat yang ramai cina, tapi entah lah, budaya ini memang tetap ada dimana-mana organisasi kononnya tak boleh tengok orang lebih sikit, ada je yang nak dikatanya, upat-mengumpat ni perkara biasa, jika dulu mungkin kita nampak senario ni berlaku dikampung-kampung, la ni kat ofis pun ada kaki ngumpat, tapi si kaki ngumpat ni yang lebih dahsyat tak sedara orang pun cerita tentang dirinya juga, entahlah  labu....., layan jer lah
  4. Makan, makan dan terus makan, pantang ada je jamuan, golongan pekerja level ini biasanya yang excited, lepas tu jika tak ada jamuan pun ada je benda yang nak dimakan, dengan pisang gorengnya, dengan apa-apa entah makanan, waktu makan memang tepat, tapi buat kerja memang susah, banyak bunyi pulak tu.
  5. Menggunakan harta syarikat untuk kepentingan peribadi, yang ini aku selalu je buat, dan pada korang yang berlagak poyo tu tak payah nak menjeling, boleh kerat jari lah jika korang kata korang tak guna pun harta syarikat untuk tujuan peribadi, keculilah syarikat tu memang mak bapak korang yang punya.
  6. Membeli belah secara online, ooo yang ini biasa gurlz2 selalu buat, entah ler ada ker lelaki join sekaki nak membeli belah secara online ni, entahlah, mugkin ada kot, aku tulis ni sebab aku lihat gurlz2 kat ofis aku ni lebih tertarik nak berwindow shoping, jadi kiranya bagus ke tidak, boleh ketidak, entah lah, tak boleh nak kata apa, dah menteri pun suruh buat 2 kerja, inilah side incomenya.
  7. Media sosial, ala korang tak payah nak poyo, perangai buruk yang korang lakukan, mesti wajib buka Facebook guna destop office, semua orang buat, lepas tu syok sendiri dan entahlah semua tu dilakukan dan menjadi kewajipan kot.
  8. Tidak boleh ditegur, hohohoo, memang pun, orang duduk kat ofis ni baik kerani, officer sampai ke kumpulan pengurusan, semua tak boleh terima teguran, sebab aku pun sendiri rasa, bila orang tegur je, aku rasa geram, dan aku tengok orang kat ofis ni bila ditegur memang payah lah nak kata. Tarik muka dan mucungnya tu sebatu jauhnya.
  9. Tidur diwaktu kerja, yang ni aku pun buat tapi bila aku tak sihat la, minta kat bos nak rehat kejap, tapi ada je perangai buruk orang bekerja kat office  tidur diwaktu pejabat, ada ke ?,...memang ada tak caya, cek ler sendiri ...hemmmm, mesti ada punyalah bro.
  10. Buat kerja suka bertangguh......ala besok jelah aku siapkan, kan ada masa lagi, ala aku tak dapat siapkanlah, aduh macam mana ni, hemmmmmm, erkk, alamak dokumen tu hilanglah aku dah bagi kat dia tapi...entah la dokumen tu tak jumpa....( seribu satu alasan yang diberikan oleh si pemabawa perangai buruk kat pejabat) padahal silap dia sebab kerja yang diminta bertangguh sudahnya.......entah la...

Aku senaraikan 10 perangaai buruk pekerja ni adalah hanya sebahagian je, sebenarnya banyak lagi tau yg sepatutnya korang kena tau, kalo nak dituliskan ni memang macam-macam, ada yang kaki kipas lah, kaki membawa balik  barang ofis la, ada yang kaki tikam menikam dan macam-macam lagi tapi yang kat atas tu memang selalu dilakukan....korang jangan hentam blog aku sebab blog aku divo

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan

5:50 PTG | Pakcu

Kat mana-mana ada warung kelantan, tak kisah sedap ke tidak tapi yang pasti memang orang kelantan ni kaki berniaga, tapi aku rasa excited pula bila masuk kedai kelantan yang satu ni, kedai dia kat Petaling Jaya, aku tak nak sebut kedai mana nanti tak pasal-pasal pemilik kedai makan kelantan tu tendang aku, gara-gara aku kata coffee thai ko tu memang menipu.

Mula-mula tengok orang order coffe thai aku rasa teruja pulak, apa yang membuatkan aku teruja adalah cara pembungkusan air yang berbeza daripada yang ada di Malaysia, oo aku fikir macam tu rupanya bentuk pembungkusan air, memang teruja dan kreatif aku pun order jelah kat pelayan minah yang pekat cakap kelantan, dia kata ada macam-macam perasa untuk coffe thai ini, ada Tea hijau, Nescafe, dan entah macam-macamlah order je, pasti sedap, 

aku pun teruja nak cuba nescafe thai,
siap je aku terus snap picture, kononnya aku nak viralkan coffee thai daripada kedai makan kelantan yang hot di pasaran ini, tapi entahlah aku macam rasa tertipu gara-gara coffee thai tu

Harganya RM 3.50

Rupanyakan korang, coffee thai tu sama je macam nescafe ais yang boleh korang minum di kedai mamak tu, lepas tu mak aii...bapak....banyak gila air batu, boleh digunakan untuk air yang lain..
itulah disebalik produk yang kononnya Thai, tapi hakikatnya hanya menumpang populariti produk thai

Korang nak cuba, Jom lah ke warung kelantan di Seri Setia Petaling Jaya



Bungkusan diterima

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Excited pula, bawa balik tak sabar nak cuba

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Snap gambar jap!

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Ooo...Macam nescafe ais kedai mamak pulak

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Setelah habis air disedut, tinggallah air batu yang banyak gila

Coffee Thai Penipuan kedai makan kelantan
Aduh, air batu masih tak habis, 
Misteri penipuan kedai makan kelantan telah terungkai

Majikan mencari pekerja berdasarkan rekod kedatangan sekolah

3:43 PTG | Pakcu
Bagaimanakah perasaan anda jika  bakal majikan meminta rekod kedatangan anda ketika sekolah dulu sewaktu memohon pekerjaan ?
  • Errk zaman sekolah boleh ke lihat semula rekod kedatangan kita tu
  • Tak logik la, sebab waktu zaman sekolah dulu memang aku kaki ponteng
  • Alamak jika macam ni, tak dapatlah aku kerja, takkan nak kelentong yang aku ni memang tak suka pergi sekolah
  • Hancur sudah harapan ku ini.
  • Aku memang dulu kaki ponteng sekolah, tapi sekarang sudah jadi baik..
  • Alamak sudah hilang la aku punya rekod kedatangan, macam mana nak buktikan tu
Jadi logik ke tidak itu kehendak majikan, dan yang nak mohon kerja tu tak payah nak mempersoalankan lagi

jika korang rasa ada bakat nak jadi posmen jom klik disini....abag posmen oh abang posmen, jangan lupa bawa kad kedatangan waktu korang sekolah dulu-dulu, sebab sekarang nak mohon kerja sebagai posmen pun perlukan rekod kedatangan yang memuaskan, jika tidak , surat-surat tak sampailah jawabnya...sebab jika aku pula memang tak de ler....

Majikan mencari pekerja berdasarkan rekod kedatangan sekolah
Rekod kedatangan persekolahan menegah baik atau melebihi 90%, adakah perkara ini logik


Kegagalan Perdana Menteri yang telah disenaraikan oleh Tun Mahathir

4:14 PTG | Pakcu
Angin politik telah bertiup kencang, sampai tak tau bila kan berhenti, bukan sahaja kuncu-kuncu mereka yang disapu tempiasnya tapi rakyat jelata jugalah yang perlu  menangungnya semua akibatnya.

Tak habis-habis kisah tikam menikam diantara tokoh besar negara kita ni  dengan musuhnya iaitu Hero Malaysia, #korang faham-faham jelah siapa hero kita tu...dalam bracket Hero untuk rakyat ke engkau!, tapi entahlah nanti bila aku cakap lebih-lebih tak pasal-pasal  aku masuk penjara, gara-gara aku mengutuk si Hero Malaysia kita ni. Kisah dia ni makin lama makin terbukak pula pekung masing-masing, mana taknya, masing-masing nak menunujukkan siapa lebih hebat engkau ke aku, jadi masing-masing mengacu pisau diantara satu sama lain, ini semua gara-gara DUIT + KUASA...cuba korang fikir balik lah bro, jika semua tu tak ada, nak ke diorang berebut-rebut dan bertikam diantara satu sama lain....Jawab sendiri..#Jangan Hentam Blog Saya.


  1. Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan. “Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.
  2. “Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.
  3. Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.
  4. “Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.
  5. “Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.
  6. Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.
  7. “Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.
    “Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.
  8. Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.
  9. Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
  10. “Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.
  11. Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.
  12. Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.
  13. Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.
  14. “Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.
  15. “Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,”






Limousin Pink, Sah Dato Vida punya?

2:04 PTG | Pakcu
PARIS: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan sebuah limousin merah jambu yang tiba di Pelabuhan Klang dan menjadi viral di laman sosial adalah miliknya.
Namun, beliau mengakui meminati kenderaan itu kerana warna 'shocking pink' yang menyerlahkan lagi simbol kemewahan dan tampak lebih eksklusif serta elegan.
"Bila tengok warna pink mesti orang ingat Qu Puteh. Tapi itu bukan kereta saya. Siapalah pemilik kereta ini?," katanya kepada mStar Online pada pagi Sabtu.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk membeli kereta tersebut sekiranya pemiliknya sedia melepaskannya.
"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk tambah koleksi kereta sedia ada. Apapun biarlah harga yang ditawarkan berbaloi," katanya.
Vida mempunyai beberapa koleksi kereta mewah antaranya, Lamborgini Aventador dan Bentley.
Sejak beberapa hari lalu, gambar limousin merah jambu yang didakwa milik Vida menjadi viral di laman sosial.
Limousin itu dikatakan sudah sampai di Pelabuhan Klang dan sedia untuk diambil pemiliknya.
( Sumber Berita : Mstar)
tapi kereta ini memang mengancam kot, itulah dunia, memang betul ke kereta tu bukan dia punya, habis tu sebenarnya siapa yang punya?
Limousin Pink, Sah Dato Vida punya?
Sumber Internet

Abam Kie's First Giveaway

12:08 PTG | Pakcu

Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

WORDLESS WEDNESDAY #1

7:46 PG | Pakcu
www.janganhentamsaya.blogspot.my

Wordless Wednesday #1




Info tentang Keguguran Rambut

12:45 PTG | Pakcu
Hai korang semua yang sedang membaca artikel ini, macam biasalah blog ini bukan nak cerita tentang orang lain tetapi saja nak menghentam pada isu yang dianggap viral, hihihi tapi tak semua aku tulis tentang perkara buruk ada je benda-benda yang baik untuk di ambil pengajaran dan diikuti, jadi jika korang tension dengan blog aku ni, mudah je aku katakan "Jangan Hentam Blog Aku"

Korang untuk entri kali ini aku nak share info kat korang, info ni aku rasa tak terlalu sensitif sebabnya ramai orang mengalaminya, aku pun mengalaminya, hemmm mugkin ada sebab dan faktor kot penyakit ini tetap akan terjadi kepada , yup aku istilah kan je rambut gugur ni sebagai penyakit. tengok orang yang rambut menipis ni aku rasa takut pulak, memanglah orang kata kalo lelaki botak ni baru nampak macho, tapi itu bukan aku, sebab mengikut kesesuai juga pada diri seseorang, tak boleh diguna pakai, kiranya memang rambut aku tak boleh botak, jeng! jeng! jeng!, tapi kalo penyakit tu berlaku kat aku, apa yang harus aku lakukan?, hemmmm pergi Yun Nam Hair Care Kot, hihihihihi, entah lah yang pasti aku perlu jaga makan dan cuba petua-petua rambut kekal lebat dan bersinar kat internet tu, dan untuk entri ini aku nak cerita tentang info Keguguran Rambut.

Info tentang Keguguran Rambut
Rambut gugur adalah masalah yang sering berlaku kepada kita,
mugkin disebabkan faktor pemakanan ataupun keturunan,
tapi sekarang banyak rawatan yang ditawarkan untuk penyakit ini.

PERTUMBUHAN RAMBUT BERLAKU DALAM TIGA FASA IAITU :

  • Fasa Anagen : Penumbuhan aktif dalam jangka masa dua hingga enam tahun.
  • Fasa Catagen : Rambut berhenti aktif dari jangka hayat dua hingga tiga minggu
  • Fasa Telogen : Rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua hingga tiga bulan
Dalam setiap masa, kira-kira 90 peratus rambut dalam fasa anagen dan dalam setahun, secara purata rambut kita memanjang sebanyak 15.3 sentimeter. Namun, semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

BOTAK MENGIKUT CORAK LELAKI :
  • Penyebab biasa adalah faktor keturunan
  • Boleh berlaku seawal umur 20-an
  • Mula botak dibahagian depan dan atas kepala.
BOTAK MENGIKUT CORAK WANITA :
  • Wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/ keturunan
  • Rambut semakin nipis di seluruh kepala, terutama di bahagian atas
PENYEBAB LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG TERUK IALAH :
  • Jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
  • keguguran rambut berlaku tidak sekata.
  • Alopecia Areata, ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun, iaitu liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.ia boleh menyebabkan tompokan botak, botak di keseluruhan kepala (alopecia totalis) dan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan ( alopecia universalis)
  • Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka. ia biasanya dialami remaja perempuan berbanding lelaki.ia dikaitkan dengan masalah kemurungan.
MASALAH KEGUGURAN RAMBUT :
  • Masalah hormon
  • Penyakit kelenjar tiroid
  • disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
KESAN SAMPINGAN UBATAN :
  • Ubatan Antikogulasi (Warfarin)
  • Ubatan merawat kanser ( Kemoterapi)
  • Pil perancangan keluarga ( Kontraseptif secara oral)
  • Ubat anti-kemurungan
PENYEBAB LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG TERUK IALAH
  • Jangkitan-jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
  • Keguguran rambut berlaku tidak sekata

Senarai Blog Pemenang Anugerah MSMW2016

5:40 PTG | Pakcu

Tahniah diucapkan kepada pemenang

Senarai Blog Pemenang Anugerah MSMW2016


Best Blog of The Year 2016
www.pembina.com.my

Best Foodie Blog 
www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin




Best Lifestyle Blog 
www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria

Best Travel Blog 
www.runawaybella oleh Aliza Manap

Best Content Blog 
www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib

Best Video Blog 
www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy

Most Engaging Blog 
www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus

Most Entertaining Blog 
huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad




Promising Blog of The Year 
www.viramon.com oleh Vocket Media