SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Pencarian Bloglist Sebulan Mei/Jun by Aisyhah Nyais

2:33 PTG | Nazir Aziz
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat malam,

Dah lama kan tak buat pencarian bloglist? Maka, malam ni Aisyhah buat pencarian ini selama sebulan? Kenapa sebulan? InsyaAllah Aisyhah akan selalu buat pencarian ni agar semua blogger dapat berada di bloglist ecah. Boleh kita kenal reramai lagi kan blogger. Syaratnya tak susah, nak tau meh tengok dekat bawah ye.
  • Follow blog Aisyhah
  • Buat Entry "Pencarian Bloglist Sebulan Mei/Jun by Aisyhah Nyais"
  • Copy Banner dan linkkan kepada post ni.
  • Tag 3 rakan anda
  • Tinggalkan link entry anda di ruangan comment di bawah.
Senang kan? Ecah akan cari seramai 15 peserta, jadi jom lah join. Mana tau rezeki anda menang dan diblogslistkan. Btw, ecah guna perkhidmatan encik random.org untuk memilih ye! Ecah akan masukkan di bloglist setelah pencarian ini tamat. Goodluck!




                       468 x 60

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome

2:21 PTG | Nazir Aziz
Aku saja nak share kat korang, sekarang ni ada macam-macam teknik nak buat duit, kiranya macam-macam caralah bagaimana mereka-mereka yang kreatif dan bijak sana menggunakan peluang yang ada untuk menarik pengguna-pengguna internet, yang sememangnya tak terkira jumlahnya.

Entah macam mana tengah aku sibuk-sibuk melayari internet tetiba je kat skrin aku ni keluar, ayatnya memang menarik tu, kiranya memang ayat pancing pengguna.

Dear Chrome Pengguna,

Anda telah dipilih, Selasa 26 April,2016

# wahh aku dah excited ni, tengok macam aku ni pengguna chrome google yang paling setia, tetiba jer jadi pilihan,

Kemudian ayat yang kedua, membuatkan aku lagi teruja adalah :-

Ambil 30 saat untuk menjawab 4 soalan ringkas mengenai kaji selidik tanpa nama kami dan berpeluang untuk memenangi baucer bernilai lebih 437 MYR.

#Wahh, best nyer dapat 437 uolsss, banyak tu, even dapat baucer pun aku rasa puas, tambah-tambah yang bagi tu pihak google tau, wahhhhhh!!! aku terus lah klik ok, kot-kot memang aku adalah insan bertuah dipilih oleh google.

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome

Aku terus bodoh uolss, menjawab, dengan hanti yang tenang...excited tau, wahhh 437 tu.

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome
Terus aku gagahkan diri mengklik ok, kononnya memang aku adalah pengguna setia google chrome., ingat baucer 437.

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome
Bila nak habis ni, tension betul, wahhh, gagahkan diri lagi, semangat bermotivasi tinggi

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome
Huhhuu, nampak gaya dah nak habis, yahoooooo baucer RM437 best nyer.

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome
Hello, jangan nak berangan, last nyer keluar lah iklan tu, wahhhhhhh, dalam hati ku berkata : inilah teknik pengiklanan terkini, pandai dan bijka mereka ni tau, nak mengiklankan produk dan orang-orang yang sengal macam aku nak terpengaruh, okey, aku tak ada pilihan terpaksa pilih Yun Nam..dan kesudahannya...tarakkkkkkkkkkkkk!!!!! jeng jeng jenag, rambutku nampak lebat dan berkilat kan.

RM437 untuk dimenangi jika anda adalah pengguna setia Google Chrome
Inilah yang promosi nak kita join tu, tak de nyer baucer RM437
Aku sudah tertipu dengan teknik pengiklanan mereka, tapi bagi aku yang berada dalam dunia pengiklanan ni, memang strategi yang menarik, dan berkesan, selalu nyer kita ignore jer iklan-iklan kat skrin tu, tapi kali ni, membuatkan kita lagi teruja nak join....





468 x 60

1st Mini Giveaway by CikNurul

12:41 PTG | Nazir Aziz
Bismillah.
Assalamualaikum

For the first time aku anjurkan segmen giveaway sponsor by myself hahaha. 
So, kalau berminat boleh join.


Syarat penyertaan : 

1. Follow Blog CikNurul
2. Like FB Pages Blog CikNurul
3. Copy banner giveaway
4. Buat entry 1st Mini Giveaway by CikNurul
5. Copy + paste link entry kat komen.
6. Jangan lupa mention nama fb sekali ya :)

Perhatian :

1. Hanya peserta yang ada mention nama fb saja akan dikira.
2. Memandangkan ini merupakan giveaway aku yg pertama. So hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih :)
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah.
4. Segmen G'Away ini akan terbatal sekiranya penyertaan tidak melebihi 35 orang peserta.

Diharap anda dapat mengikuti syarat yg telah ditetapkan. Kerjasama anda amat dihargai :)

Senarai hadiah! 

Mini bag Baymax +Notebook + Keychain (seorang penenang)
10 org bertuah utk bloglist CikNurul bulan Mei
Selamat bersegmen dan jangan lupa untuk klik nuffnang. Hahaha bajet utk penghantaran pos nanti :P
















468 x 60

Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

12:37 PTG | Nazir Aziz

Mini Giveaway by Hanis Masturina

12:33 PTG | Nazir Aziz
Hai semua, kali ini Hanis nak buat Mini Giveaway . Hadiahnya simple je sebab namanya pun mini giveaway je kann hehehe . 

http://hanismasturina.blogspot.my/2016/04/mini-giveaway-by-hanis-masturina.html

Syarat-syarat

1) Warganegara Malaysia
2) Follow blog Hanis dan PDK
3) Add google+ Hanis di sidebar
4) Follow instagram Hanis : @hanismasturina  ( akan di check )
5) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu !
6) Copy banner diatas dan buat 1 entri kemudian backlink kan ke entri ini 
7) Paste kan link entri anda di kotak komen bawah ini .

Hadiahnya ? 

Bawal Crepe bidang 55' untuk 2 pemenang !!!
Macam-macam korang boleh gayakan tau dengan bawal crepe ini =)


Bloglist untuk 10 peserta terawal !!!


Senarai Peserta*akan diupdate



Tarikh Tamat : 27 Mei 2016



















468 x 60

Mini Giveaway By Niena Annisa

12:27 PTG | Nazir Aziz

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang












468 x 60

GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

12:23 PTG | Nazir Aziz

http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut



















468 x 60

Simply Segmen By Shawal & Sofie

12:13 PTG | Nazir Aziz

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16







468 x 60


1001 Idea untuk memulakan perniagaan

3:20 PTG | Nazir Aziz
100 Idea untuk memulakan perniagaan
Idea bisnes yang terbaik adalah Ilmu
Ramai jugakan nak berniaga zaman sekarang ni!", rata-rata bersungguh kot, ada yang nak buat loan lah, guna simpanan duit lah dan macam-macam lagi, dengan alasan nak hidup dengan banyak duit, maklum lah zaman sekarang ni mana lah cukup dengan duit gaji yang kecik nak dibandingkan dengan harga barang yang terus naik, naik dan naik lagi, hemmmm, tensionkan orang,

Okey, ada penasihat kewangan kata nak duit banyak kita kena berbisnes, jadi ada diantara kita yang terus bodoh-bodoh berniaga dengan tanpa ilmu, kesudahannya, perniagaan pun bankrup, lepas tu mulalah nak menyalahkan diri sendiri, jadi tak payah nak peningkan kepala korang, aku pun terikut pening nak mencari apakah bisnes yang sesuai untuk kita jalankan secara sampingan sementara kita masih bekerja, jangan terus berhenti tau, kita buat dulu, dan belajar selok belok perniagaan dulu, lepas dah okey baru berhenti dan buat bisnes sepenuh masa. 




Jom baca Idea perniagaan yang boleh kita jalankan, kalo rasa sesuai apa salahnya kita lakukan, jika ada rezeki masuk beb nanti, boleh dikomersialkan tau.

  1. Buka kedai secara online - Jual barang orang lain atau barang sendiri
  2. Jual kek , Cup Kek, atau apa jenis kek yang boleh dijadikan sajian pencuci mulut
  3. Perniagaan Coklat buatan sendiri, 
  4. Perniagaan cenderhati dan doorgift
  5. Pelaburan Forex dan Saham- yang ini kena belajar dulu tak boleh sebarangan
  6. Jadi Broker, tak kira jual tanah ke, kereta ke, saham ke, rumah ke, tapi kena ada ilmu.
  7. Ejen unit amanah - tengah terdesak ada ke orang masih nak simpan duit + melabur.
  8. Perniagaan kraftangan berasaskan bahan terbuang dan rotan- yang ni mesti kreatif tau
  9. Penternak Ikan Hiasan, Ikan air tawar, atau pun ikan-ikan yang ada nilai komersial
  10. Penternak Ayam- tak kisah lah ayam kampung ke, bandar ke - luas pasarannya tau
  11. Penternak Kambing / Lembu - bila tiba musim perayaan, untung beb.
  12. Pelaburan dinar emas / Perak - yang ini perlu ada ilmu dan modal
  13. Penamaman herba - Jual bahan mentah, ataupun jual pokok herba- potensinya luas
  14. Pemborong barang daripada china - sekarang dah mahal sikit, untung pun dah tak banyak
  15. Jadi Ejen, kepada produk orang
  16. Jadi Dropshipper kepada produk orang lain - yang ini kena bijak IT tau.
  17. Perniagaan Percetakan - T-shirt, Cenderahati, Kad Kahwin, Kad nama, dan lain-lain
  18. Penulis- yang ini luas skop nya, boleh menulis buku, artikel majalah, penulis hantu 
  19. Jadi tukang jahit - yang ini memang ramai kat kampung-kampung , tapi dibandar orang cina yang banyak buat.
  20. Freelancer - skop besar tau, korang boleh jadi jurugambar bebas, tenaga pengajar untuk kemahiran, tak kisah lah kelas memasak ke, menjahit ke, banyak lagi kerja-kerja freelance yang kita boleh terokai.
  21. Konsultan - yang ini pun banyak cabangnya, jika korang mahir bab pelaburan, boleh ambil lesen dan buat satu syarikat yang memberi nasihat tentang kewangan, banyak lagilah, biasanya bab konsultan ni orang tu mesti mahir dalam bidangnya
  22. Penjahit - macam-macam boleh buat jika korang memang mahir menjahit. peluang juga terbuka luas tau.
  23. Perancangan perkahwinan
  24. Perniagaan Kudap-kudapan - contohnya macam korang jual kerepek, biskut homemade
  25. Perniagaan E-Bay, 
  26. Jadi pemborong barang-barang daripada cina
  27. Join Affilliate program - yang ini korang kena tahu teknik dan skill internet
  28. Bisnes di pasar malam - banyak barang yang boleh dijual, tapi cuma korang kena sewa tapak jelah kat majlis.
  29. Bisnes Bazar karat - yang ini best, bila sudah dapat tapak, korang tinggal jual barang-barang terpakai je.
  30. Perniagaan kecantikan diri, contoh  SPA / saloon - sebenarnya kita boleh je buat di rumah atau walk inn call, mudah kan cabang perniagaan ni pun luas.
  31. Penulis Blog - okey, yang ini memang tak jauh beza dengan penulis artikel di majalah tu, tapi penulis blog ni lagi enjoy, sebab kita menulis bukanya terlalu formal sangat, macam blog ni lah, jika ada ramai followernya nanti, boleh lah sediakan tapak untuk peniaga-peniaga yang sudi mengiklankan produk mereka di blog kita nanti.
  32. Perniagaan air - yang ni pun mudah gak, kiranya jika tak ada tempat nak jual tu nampak sangat nak menipu, 
  33. Perniagaan kuih-muih , contoh korang boleh jual pada waktu pagi ke, petang ke
  34. Jadi Agen hartanah
  35. Perniagaan kentang putar
  36. Perniagaan percetakan cenderhati
  37. Perniagaan waffle
  38. Jadi cikgu bahasa - yang ini tak kisah kalo korang mahir bahasa jepun ke, bahasa cina ke, boleh buat duit tau, jadi cikgu bahasa.
  39. Pemandu pelancong- kalo tak nak jadi cikgu bahasa, korang jangan nak mempersia-siakan kemahiran tu, dan jadi lah pemandu pelancong, wow, sambil menyelam minum air tu.
  40. Perniagaan diinternet - peluang perniagaan di internet memang terbuka luas, dan pelbagai, jika kita mahir dan ada sedikit ilmu memang mudah nak buat duit, tapi korang jangan nak fikir hari ini buat besok dah dapat beribu-ribu, 
  41. Jual domain nama - apa tu domain name, kalo yang tak tau duduk diam-diam, yang tahu tu jangan nak lepas kan peluang ini
  42. Designer - ohh, bidang pengiklan  ni banyak mencari designer yang freelance, jadi kalo korang benar-benar kreatif cubalah cari job ini
  43. Bisnes buat blog atau pun website
  44. Jadi tukang urut - yang ni kena berhati-hati, ada gak tukuang urut ke lain.
  45. Buat duit dalam bidang pembersihan
  46. Tukang paip
  47. Pemandu teksi / Uber / Callcab
  48. Mekanik / foreman
  49. Jadi Tok Mudim bagi lelaki tau
  50. Tukang sembelih ayam - yang ini pun korang kena ada pengetahuan
  51. Ajar seni bela diri
  52. Penasihat Kewangan peribadi
  53. Web developer
  54. App developer 
  55. Service Komputer
  56. Pelatih senaman
  57. Pakar Motivasi
  58. Penghapus haiwan perasok
  59. Mengajar orang memasak, mengemas rumah, 
  60. Jadi kartunis 
  61. Homestay / sewa bilik
  62. Sewa Rumah
  63. SEO consultans
  64. Kauseling
  65. Pemandu Pelancong
  66. Interior Designer
  67. Lanscape Designer
  68. Personal Shopper
  69. Doktor Haiwan
  70. Hotel Kucing
  71. Pengasuh haiwan - biasa yang ini untuk anjing
  72. Software Developer
  73. Pengacara Majlis
  74. Pengawal peribadi
  75. Penyiasat pesendirian
  76. Sewa tanah
  77. Refleksologi
  78. Jadi Badut / magician / - untuk hiburkan kanak-kanak
  79. Jadi mak andam
  80. Pembaiki barang elekrik 
  81. Pengedar Risalah
  82. Jual Kucing Import yang bulu lebat tu
  83. Jadi Dropshiper 
  84. Broker saham
  85. Jual Pokok laman / hiasan
  86. Jadi pakar import / pakar Eksport
  87. Menjual Buku terpakai
  88. Menjual baju bundlle
  89. Penulis pemasaran
  90. Bisnes Jeruk
  91. Bisnes dalam industri pelancongan
  92. Jual bunga-bunga hiasan
  93. Tukang kasut.
  94. Tukang mandi haiwan peliharaan
  95. Buka Agency lakonan, tarian 
  96. Mengajar kanak-kanak mengaji al-quran
  97. Bisnes cakoi dan donnut
  98. Jual barang-barang recylce - contoh tin kosong, besi buruk
  99. Jual baju / tudung
  100. Sewa tapak untuk orang lain melakukan jualan.
  101. Jual pokok bonsai / kaktus dan lain-lain pokok yang ada nilai komersial
  102. Jadi bomoh penghalau hantu
  103. Jadi orang yang mahir setru rumah baru
Sebenarnya banyak lagi tau yang korang dan kita semua ni boleh lakukan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jadi yang aku listkan diatas tu, mugkin kalo kita btul-betul buat boleh jadi besar tau.


468 x 60










Dr Zakir Naik pernah menerima Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan

12:54 PTG | Nazir Aziz
Dr Zakir Naik pernah menerima Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan
Dr Zakir Naik, Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat antarabangsa
                      
( Sumber berita : Bernama )
  06 November 2013


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat kebangsaan.


Sementara penerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa ialah cendekiawan, ulama tersohor dan pendakwah Islam dari Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik.

Masing-masing menerima wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak dan bingkai.

Abdul Hamid, 69, berkelulusan Sarjana dalam bidang Siasah Shariyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam ucapannya, Abdul Hamid berkata penganugerahan itu menunjukkan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap jasa yang telah ditaburkan.

"Sesungguhnya saya amat terharu dengan penganugerahan ini dan merupakan satu penghormatan kepada saya dan keluarga yang akan terpahat dalam lipatan perjalanan hidup saya," katanya.


Beliau berkata semoga sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun dapat menjadikan kekuatan dalam perjuangan untuk mengangkat martabat serta mempertahankan maruah masyarakat Islam.

Sementara itu, Dr Zakir, 48, merupakan pengasas Islamic Research Foundation di India dan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan dari University Bombay, Mumbai.


"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan ini, saya berasa sungguh gembira menerima anugerah ini dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menerima saya sebagai pendakwah Islam di negara ini," katanya dalam ucapan.


Katanya hanya melalui Al-Quran dan Sunnah sahaja dapat menyatukan perpaduan ummah dan menyelesaikan segala permasalahan.     

ARTIKEL YANG MESTI DIBACA : Biodata Lengkap Dr Zakir Naik   



                


468 x 60

Demi ketenteraman awam KPN batal ceramah Dr Zakir Naik

12:34 PTG | Nazir Aziz
https://pbs.twimg.com/media/CfuictxUkAIXmI8.jpg:large
Telah dibatalkan

( Sumber Berita : Astro Awani)
KUALA LUMPUR
: Penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan menyampaikan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini dijangka terpaksa melupakan hasrat itu.

Ini berikutan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyatakan pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.
Artikel Lain : Biodata Dr Zakir Naik 


Arahan itu turut disampaikan Khalid melalui akaun Twitternya:



            468 x 60


                     

Biodata lengkap Dr. Zakir Naik

12:07 PTG | Nazir Aziz
Biodata Lengkap Dr. Zakir Naik

Biodata lengkap Dr. Zakir Naik
Dr Zakir Naik

  • Nama  : Dr. Zakir Abdul Karim Naik
  • Lahir : 18 Oktober 1965, 
  • Negara Kelahiran : Kota Mumbai, India
  • Nama Bapa : Abdul Karim Naik
  • Nama Isteri : Farhat Naik
  • Nama Anak : Fariq  Zakir Naik, Rushda Naik
  • Pendidikan : 
          - St. Peter's High School ( ICSE)
          - Kishinchand Chellaram College
          - Topiwala National Medical College
          - University Of Mumbai ( Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery)


  • Pekerjaan :
          - Doktor
          - Penulis
          - Pembicara Publik ( Dakwah)

  • Jabatan :
         - President of Islamic Research Foundation
         - Pendiri Peace TV, Peace TV Bangla dan Peace TV urdu

  • Penghargaan :
        - King Faisal International Prize for Service to Islam tahun 2015
        - 10 Guru Spiritual Terbaik di India 
        - 100 orang India terkuat 2009

Serba sedikit tentang diri beliau :

  • Pembicara Muslim yang berasal daripada India / Ahli perbandingan Agama
  • Seorang penulis, dan banyak menulis tentang Islam dan perbandingan agama
  • Pada tahun 1991, beliau berhenti berkhidmat sebagai ahli medik dan bertumpu pada bidang pendakwah.
  • Tindakkan beliau menjadi pendakwah adalah terispirasi daripada Ahmeed Deedat yang aktif berdakwah lebih selama 40 tahun.
  • Selain itu, tindakkanya untuk menjadi pendakwah adalah bagi menghilangkan pandangan negatif tentang islam oleh banyak orang anti-islam setelah tragedi serangan 11 September 2001 yang terjadi di Amerika Syarikat.
  • Aktiviti dakwahnya dilakukan di serata dunia dan paling aktif beliau banyak menjalankan aktiviti dakwahnya di India.
  • Kebiasaannya Dakwah dan debat beliau bukan saja dihadiri oleh kaum Muslim tetapi mereka yang daripada agama krestian, Hindu serta Atheis juga turut serta dalam penyampaian dakwahnya itu.
  • Sejak Dr Zakir aktif dan popular berdakwah, banyak jurnalis India telah bercerita mengenai Dr Zakir, tetapi mereka menyifatkan Dr Zakir sebagai " Kejam" dan mereka menyifatkan beliau ni juga selalu mencerca kepercayaan selain agama islam.
  • Di Malaysia, Ceramah Dr Zakir Naik pada 17 April di UTeM telah dibatalkan, arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara.
Gambar-gambar Dr Zakir Naik : 

Image result for dr. zakir naik


Image result for dr. zakir naik

Image result for dr. zakir naik