SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk
728 x 90

CJ Wow Shop tiru Go Shop

10:53 PG | Pakcu
CJ Wowshop akan bersama anda disemua rangkaian media prima

CJ Wow Shop tiru Go Shop
Hidup mesti ada wow
Pagi tadi lepas tengok Nasi Lemak Kopi O kat TV9 tu ada rancangan bentuk window shoping, aku pun ralat lah tengok si pengacara tu cakap laju semacam....kononnya macam penjual pasar malam....menjual barang, semua barang tu katanya bagus-bagus belaka, sambil berdemostarsi produk yang dijual tu.

Ala konsep CJ WoW Shop tu sama je macam Go Shop.

Sekarang ni padan muka Astro, ko ingat Go Shop tu ada kuasa monopoli nak menjual barang secara tengok TV dan call je untuk dapatkan barang-barang yang di demo bagai tu.

Lepas ni CJ Wow Shop akan meraih perhatian pembeli pulak, sebab rangkaian TV media prima free, jadi confirm ramai orang yg menontonnya tak kira miskin kaya dapat menonton CJ Wow Shop, sambil membeli.

Dah le aku nak tengok si pengacara Nadia dan Karl Shafiq Cj Wow Shop ni, bercakap macam mulut bertih jagung, potpet pot pet...rancangan ni aku rasa memang macam ni kot...perlu excited berdemo barang yang dijual tu.

Jap aku teringat pulak pada rancangan "Smart Shop"dulu...ingat lagi tak korang, pastinya kini dah ada CJ WowShop, nak dapat barang call talian bebas tol 1-800-18-0808...lepas tu nak tau lebih lanjut korang pergi ke website ini
www.cjwowshop.com.my

Hidup mesti ada wow

Jap lupa lak, rancangan ni akan bersiaran di semua rangkaian media prima, jadi korang tengok je lah sebab aku tak tau pulak waktu siarannya tu.

Dan mesti korang tak akan lupa dengan suara si Mariah Tengku Sabri tu....

RTM korang jelous ke nak adakan konsep  jual seperti CJ wow shop tu...

Tiada ulasan: