SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk
728 x 90

Pemandu teksi mengamuk kerana uber

10:24 PTG | Pakcu
Aku malas betul nak bising pasal sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni, memang betul-betul buat aku marah sangat dengan sistem pengangkutan di Malaysia ni, 

sebab apa?

Semua mencekik darah, korang bayang kan jelah aku naik LRT dari KLCC ke Taman Paramount dah dekat RM4.00, jadi kalo aku pergi dan balik tak ke dah RM 8.00.

Tu belum aku jadi anak orang kaya dengan guna teksi untuk ke destinasi yang sama, aku rasalah mau tak perjalanan aku tu memakan kos hampir RM50 jugak ler dengan mengambil kira keadaan jem nya.

Entah lah aku malas nak cakap lebih-lebih, kang nanti aku ni di tuduh menyebelahi parti pembangkang pulak, tapi kalo tak bising nanti bermaharajalela la mereka.

Tapi untuk entri ini aku nak beritahu padan muka teksi, baru puas hati aku, sebabnya korang semua kena terima kenyataan yang sistem pengangkutan awam ni perlu terima sistem baru.

Bagus sangat ada Uber dan Grabcar ni.

Driver-driver teksi sekelian telan air liur lah korang, selama ni korang ikut suka je nak charge kami guna kuasa veto korang, kali ni korang mogok la puas-puas, tak kuasa kitorang nak melayan.

Uber kan ada, ada aku kisah korang driver-driver teksi ni menangis keluar air mata darah sekalipun, mana taknya, bila kitorang penumpang ni menangis terpaksa membayar tambang mahal ada korang si pemandu teksi yang cekik darah ni kisah.

So, lepas ni telan air liur le, si driver cekik darah...

Jap, korang tak payah nak kacau-kacau aku, sebab apa aku syok nak mengutuk driver-driver teksi yang cekik darah ni..

Sebab aku dah terkena dan yang lagi aku sedih sikap pemandu yg berlagak seolah-olah kita ni penumpang terpaksa nak melutut naik teksi ko tu, entah lah, dengan charge tambang entah apa-apa entah.

Pemandu teksi mengamuk kerana uber
Pemandu teksi mengamuk kerana uber
Korang yang nak tau lebih lanjut uber tu apa jom klik disini 

Setahu aku lah konsep uber ni macam perebet sapu, tapi kali ni dia menggunakan app, kiranya 100% teknologi dalam mengesan penumpang, kiranya kita sebagai penumpang juga tahu dimana kedudukan uber, jadi tak lah nak membuang masa.

Lepas tu uber ni dia tak guna cash tau sebagai bayaran, sebab kita bayar melalui kredit kad atau debit secara terus daripada acc bank kita, ala mudah kata pembayaran secara online.

Dah aku malas nak explain panjang lebar, sebabnya korang pun bukannya suka pun nak membaca. 

Nak baca tentang uber klik disini




Tiada ulasan: