SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Bisnes Air Balang tingkat keuntungan 100%

8:40 PG | Nazir Aziz
Hai semua,



Jika kita rajin pergi ke Bazar atau pasar-pasar lambak, tentu kita akan melihat, ada saja peniaga yang menjual pelbagai perisa air balang. Ketahuilah! air balang tersebut mempunyai kos modal sangat minima dan boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat.

Bulan puasa juga sudah hampir tiba, time nilah untuk kita menterujakan diri untuk menjual air balang pelbagai perisa. Jangan takut tiada pembeli air balang kita nanti, sebabnya air yang kita jual mesti perlu  ada daya penarik untuk pembeli teruja mencubanya, pembeli tetap ada, cuma kita perlu usaha lebih dan mencari cara untuk menarik pembeli.


Idea bisnes yang sangat menguntungkan

Perkongisan yang menarik untuk saya bongkarkan kepada anda, Bagaimana seorang Peniaga Air Balang yang memulakan peniagaannya pada tahun 2008, telah berjaya mendapat keuntungan sehingga RM 7000 pada bulan ramadhan tahun lepas.

Nama beliau Mizan Sulaiman, menjalankan bisnes air balang di pasar malam, pasar tani dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur.

Yang menariknya, ketika bulan ramadhan tahun lepas pendapatan lumyan yang beliau perolehi adalah hanya menjual 3 Balang air dan di satu lokasi sahaja!. Dengan berkat rezeki Allah, ketiga-tiga balang airnya habis licin dijual dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada orang ramai.

Bayangkan, anda adalah En Mizan Sulaiman, betapa gembiranya bila kita lihat keuntungan yang berlipat kali ganda, hanya menjual air balang je, modal pula, tak usah nak kata, hanya Tuhan saja yang tahu.

Ianya bukan nasib beliau semata-mata...Tapi ada "STRATEGI RAHSIA" yang beliau lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bisnes Air Balang tingkat keuntungan 100%
Kredit Foto ( www.azzhairi.com)

Terasa teruja tak anda dengan pengalaman beliau?, adakah anda ingin berniaga air balang, gara-gara cemburu melihat pengalaman En Mizan Sulaiman tu!!!.

Kos permulaan yang rendah, bisnes jualan yang rendah risikonya, matlamat keuntungan yang berlipat kali ganda!!!,

Anda masih bernasib baik kerana En Mizan Sulaiman masih ingin berkongsi ilmu dengan kita, permulaan perniagaan yang nampak mudah ini tidak semestinya akan berjaya jika kita tiada panduan dan asas daripada orang yang pakar.

Ingin berniaga Air Balang, Dapatkan Teknik yang berkesan daripada En Mizan Sulaiman disini



Adakah Perniagaan Dropshipping Haram

8:37 PG | Nazir Aziz

Hai pembaca, terima kasih sudi ke blog ini, 

Saya jadi kelirulah gara-gara membaca komen daripada Jamilah ( Negeri Sembilan), diruang komen pada Akhbar Utusan Online.

sebabnya, sekarang ni banyak je diantara kita yang akan, sedang dan telah menjalankan perniagaan secara Dropshiping.

Betul ke Dropshipping ni Haram.

Jika betul haram mana Fatwa yang boleh dijadikan bukti, takkan hanya semata-mata menggunakan pandangan peribadi je.

Maklumlah jika dulu bab teknolongi ni kurang orang pandang, urusan jual beli pun memang perlu ada barang, kita boleh rasa, kita boleh lihat, mugkin kita boleh cuba pulak, tapi kini, semua tu mugkin agak menyusahkan kita, leceh lah nak ke kedai baru boleh beli, nak kena parking kereta lah, nak kena hadapi jalan yang jam lah, dan bla..bla...bla....( nampak serabut pulak kepala).

Tapi dengan adanya teknolongi, aktiviti jual beli ni boleh dilakukan hanya dihujung jari jedah tak payah nak serabut kepala, duduk didalam rumah, hanya klik jer, dan barang akan sampai mugkin dalam masa beberapa jam, paling lama pun mugkin 2 hari, so sangat mudah....

Yang menjadi persoalannya, orang sudah pandai berniaga, dan ramai orang yang nak berniaga, tak kiralah, macam mana kaedah yang digunakan, asal mudah untuk menjalankan operasi jual beli dalam talian. Dan yang mejadi trend sekarang ni adalah Dropship, mudah dan sangat mudah.

  • Tak payah simpan barang
  • Tak payah uruskan tentang penghantaran
  • Tak Payah nak Fikir tentang stok
Cuma buat pemasaran jer, kita cari orang untuk membeli produk tersebut, dan cuma guna gambar ..kalo ada orang beli kita contact si dropshiper, nanti dialah yang akan proses penghantaran barang tersebut. so,  masalahnya, perniagaan sistem ini dibolehkan ke dalam islam ?

Tu.....lah yang saya nak tahu sangat, selepas baca komen daripada Jamilah ni, saya jadi was-was lah pulak, bila semak kat google, banyak pulak pandangannya, jika macam ni susah lah, nak cari duit tambahan dengan menjalankan perniagaan secara dropship.



Kesalahan yang dilakukan oleh Peniaga Online

1:55 PTG | Nazir Aziz


Sekadar perkongsian bersama :

Teknik pemasaran yang simple mampu bawa jualan 1 juta

12:36 PTG | Nazir Aziz

Abang kat dalam gambar ni boleh kita contoh teknik pemasarannya, walaupun jual pen secara meja ke meja, boleh respek teknik dan strategi beliau.
  • Introduction : S.E.X, Smile Salam, Eye to eye, Xcitement
  • Story : K.I.S.S Keep It Short & Simple
  • Presentation : Demo, Practice dan Cerita Benefit, Berikan suggestion beli untuk hadiah atau simpan spare.
  • Close : Cadangkan orang beli
  • Rehash : Atau dalam bahasa lain maksudnya up sell kalau beli bundle.
Selalu time kita duduk lepak-lepak di food court, ada je, mamat bangla or other, jual-jual, dengan maruku lah, keropok lah, bag duit lah, entah macam-macam, offer produk kat kita.

Dalam hati kita pulak, menyumpah-yumpuh, brader-brader yang menggangu kita tu.

Tapi, lepas ni kita hanya berfikiran positif je, andai kata memang kata tak nak beli, just senyum je, 

dan dalam hati daripada menyampah, kita tukar kepada respek mereka-mereka yang berani berniaga meja ke meja, tak semua tau orang boleh lakukan..

adakah korang sanggup berniaga macam tu...

GUA RESPEK lah lu beb!!!!.