SALAM PERKENALAN

Welcome To My Personal Blog. Hanya titik-titik perkongsian disini. Terima kasih sudi baca ! Harap ilmu dapat disampaikan

Dari saya, jangan lupa "skodeng" tips perniagaan, motivasi, keusahawanan, kekeluargaan, penjagaan kesihatan dan review produk

Adakah Perniagaan Dropshipping Haram

8:37 PG | Nazir Aziz

Hai pembaca, terima kasih sudi ke blog ini, 

Saya jadi kelirulah gara-gara membaca komen daripada Jamilah ( Negeri Sembilan), diruang komen pada Akhbar Utusan Online.

sebabnya, sekarang ni banyak je diantara kita yang akan, sedang dan telah menjalankan perniagaan secara Dropshiping.

Betul ke Dropshipping ni Haram.

Jika betul haram mana Fatwa yang boleh dijadikan bukti, takkan hanya semata-mata menggunakan pandangan peribadi je.

Maklumlah jika dulu bab teknolongi ni kurang orang pandang, urusan jual beli pun memang perlu ada barang, kita boleh rasa, kita boleh lihat, mugkin kita boleh cuba pulak, tapi kini, semua tu mugkin agak menyusahkan kita, leceh lah nak ke kedai baru boleh beli, nak kena parking kereta lah, nak kena hadapi jalan yang jam lah, dan bla..bla...bla....( nampak serabut pulak kepala).

Tapi dengan adanya teknolongi, aktiviti jual beli ni boleh dilakukan hanya dihujung jari jedah tak payah nak serabut kepala, duduk didalam rumah, hanya klik jer, dan barang akan sampai mugkin dalam masa beberapa jam, paling lama pun mugkin 2 hari, so sangat mudah....

Yang menjadi persoalannya, orang sudah pandai berniaga, dan ramai orang yang nak berniaga, tak kiralah, macam mana kaedah yang digunakan, asal mudah untuk menjalankan operasi jual beli dalam talian. Dan yang mejadi trend sekarang ni adalah Dropship, mudah dan sangat mudah.

  • Tak payah simpan barang
  • Tak payah uruskan tentang penghantaran
  • Tak Payah nak Fikir tentang stok
Cuma buat pemasaran jer, kita cari orang untuk membeli produk tersebut, dan cuma guna gambar ..kalo ada orang beli kita contact si dropshiper, nanti dialah yang akan proses penghantaran barang tersebut. so,  masalahnya, perniagaan sistem ini dibolehkan ke dalam islam ?

Tu.....lah yang saya nak tahu sangat, selepas baca komen daripada Jamilah ni, saya jadi was-was lah pulak, bila semak kat google, banyak pulak pandangannya, jika macam ni susah lah, nak cari duit tambahan dengan menjalankan perniagaan secara dropship.








Adakah Perniagaan Dropshipping Haram
Adakah benar hukum dropship adalah haram,
 mohon pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
memperjelaskan persoalan ini.




Tiada ulasan: